Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

ni gambo mak aku..seorang cikgu yg brdedikasi sehingga d naikkan pangkat mnjadi GB skrg ni..tahniah..da setaun lbh memegang gelaran tersebut..asyik kursus memanjang..tp xpe..aku sbg anak meredhainye kerana itu 1 pengorbanan seorang guru...SELAMAT HARI GURU UMI..


ni abg aku tgh pukul bola golf..aku rasa aku terer lg..kwang3..dia ni ckg PJ..skrg ckg BM kot kat sek br..pe pon SELAMAT HARI GURU MY BRO...

ni kak ipar sulung aku..dia ni ngaja add maths xsilap aku..ke akaun..sek br ni aku xtau dia ngja pe...anyway..SELAMAT HARI GURU KAK FATH..

gambo ni d ambil bsama2 anak sulung mereka..nurin nisrina..bakal guru kah dia ni?haha..same2 kita nantikan...jeng jeng jeng

kanan skali tu ialah kak ipar aku no 3.br mndapat gelaran cikgu selama 1taun...cikgu mate n add maths xsilap aku..da 7 bkn pregnant..SELAMAT HARI GUR KAK ROS..


KEPADA SEMUA GURU2 DI MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE N SELURUH DUNIA D UCAPKAN SELAMAT HARI GURU...

TERIMA KASIH KERANA MENDIDIK KAMI SEHINGGA BERJAYA DAN MENJADI ORG YG BERGUNA...

terutama kepada umi ku, abg ku, kakak2 iparku, mak2 sdara pak2 sedara, sepupu2 dan adik beradikku yang lain yg memegang gelaran guru...aku ucapkan SELAMAT HARI GURU kerana telah mendidik ramai manusia sehingga la semuanya tamat persekolahan..

kepada cikgu2 ku dari tadika sampai la form 6 n lect2 kat uum (tadika siong, sek rendah siong, sek keb tg piandang, sek men agama mahaad al ummh, sek men raja lope nor rashid n uum) tu thnkz byk2 kerana xsegan silu mbantu ku dlm pelajaran dan sangat2 menghargaiku sebagai anak murid kalian..

yg paling aku ingat dan sangat baik dgnku antara nya ialah :

sir lim boon tong-eng teacher waktu aku d kedah.kwn kpd mak aku..merangkap abg angkat aku
cikgu khairul anuar@keon-ckg PA aku merangkap ayah angkat aku dulu..merangkap ckg silat aku..hehe..blja ngan dia sgt best..simple.tepat n padat
cikgu aziz-rapat time form 2 n 3..ckg sains n ckg class..
cikgu selva nathan-sir form 6..bg dia aku anak murid paling baik smpai skrg..ceh poyonye aku
cikgu norakma- cikgu sejarah..still keep in touch..aku mai rmh dia..dia mai rmh aku..hehe
cikgu othman- cikgu sastera aku ms form 5 n form 6..mmg aku minat sastera..dia pon mai rmh aku n aku pon p rmh dia sbb dia de anak yg encem..keh keh keh.now da jd lect
ust ronif-cikgu agama aku n merangkap cikgu pengakap aku dulu..yg ni slalu la km bjumpe..tp 1 je permintaan dia aku xdpt tunaikan..msk silat cekak..sbb aku lbh suka silat gayong..da jd lect kat ganu..
cikgu zaiton-ckg BM form 6..byk aku dpt tunjuk ajar dr dia
cikgu norlina-ckg sastera..dgn dia byk aku bbincang psl sastera ni..best blja ngan dia
cikgu rafeah-ckg koir ms aku jd pengerusi dulu..dulu keep in touch pastu aku da ilang no dia la..waa
cikgu suzana-eng teacher..dia x ngaja aku..tp dia suka kwn ngan aku n aku pon same..dia teacher adik aku..kecik comey je orgnye..
cikgu zeti-ni teacher aku..'pass up'..tu tag line dia ms kutip buku..hehe..tggi lampai..putih orgnye..km suka kwn ngan dia..
cikgu hamzah-ckg bm xsilap aku..kwin ngn ckg sek aku gak dulu..la ni da xdgr berita..
cikgu kelas aku yg xdpt aku ingat namanye..ms form 5..aku tersangat la rapat dgn dia..smpai tido kat rmh dia ngan kwn2 aku..alamak..abis la klu dia bc entry nie..hehe.sory ckg
cikgu ismail n ckg yusop-2 2 org ni adalah cikgu silat aku ms d uum dan jg d sek..trima kasih byk2 ckg sbb jd kan sy serikandi sek n d uum..sy sgt2 hargainye..ade kemampuan sy nk lg blja dgn cikgu2..rindu utk bsilat..
cikgu nasim-cikgu sek mahad aku dulu..merangkap abg angkat aku..dulu ms aku form 1 dia rajin call aku..la ni da lost contact..thnkz bro

lain2 ckg ramai2 lg yg xdpt aku sebutkan..'klu sy terlupa nama2 cikgu sy mintak maaf ye..maklumla..otak sy ni ram nye kecik..nk kena upgrade sket ms lg..hehe'

ni plk lect2 yg byk mbantu aku masa stdy dulu termasuk la memberi komitment yg sangat tggi dlm prog2 yg km aturkan juga n rapat ngan aku..antaranya ialah :

prof shafee, prof halim, en syahril, en azlizan, en zaim, en naza, en rizal, en zainal, prof rohan, en bro mus, en malike dan juga semua lect yg pernah ngaja aku secara lgsg atau pon tidak lgsg n x lupa pak sdara n mak sdara aku iaitu dr mad n dr haslinda..dorang ni byk bg bantuan pd aku...thnk u so much to all of u..

TEMA HARI GURU MALAYSIA

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

akhir kata...
terimalah lagu ini...,music plz...

"kami guru malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putra putri negara kita,

pada seri paduka,
kami tumpahkan setia,
rukun negara kita,
panduan hidup kami semua,

di bidang pembangunan,
kami tetap bersama,
membantu, membina,
negara yang tercinta,

amanah yang diberi,
kami tak persiakan,
apa yang kami janji,
tunai tetap kami tunaikan."

Friday, May 15, 2009

Badanku Sihat, Jiwaku Sakit



www.iluvislam. com
helangsenja
Editor: deynarashid

Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.


Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...' 2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.


Mengikut Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya,

1. Bergaul dengan banyak kalangan

Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.

Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia.

Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku."
(Al-Furqan: 27-29)


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat.

Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong

Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingka nnya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai.

Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita.

Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. Bergantung kepada selain Allah

Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.

Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutn ya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)

"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah labah-labah. Dan rumah labah-labah adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.

4. Makanan

Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang
diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal,
kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya.

Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama.

Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan
banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman).. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya.. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."
(HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).



5. Kebanyakan tidur

Banyak tidur
mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.

Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.

Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah.

Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor.

Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW.

(Artikel lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati dipetik dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/ Abu Okasha Ainul Haris)

artikel ni agak pnjg..tp terima kasih kerana membaca,,hehe..utk pengetahuan kamu semua jgk kan..tqvm

Thursday, May 14, 2009

further study?master?


sampai skrg aku still pening lg...nak sambung master ke x erk...kalau sambung sape nk byr keta aku tu...

karang klu xsambung aku nyesal plk...kje skrg temporary leh la...tetap ssh...bak kata paksu aku jgn sempit kan fkrn..nti lps study jd je lect kat mn2..tp aku ni minat ke ngaja?hahaha..mcm x bminat je...

benda ni la yg aku dok fkr ari2.tiap2 kali bgn tido..tiap2 kali aku drive..tiap kali aku d blk termenung(ops censor)..xsuke bc bgtau erk...

tp kalau aku dpt kje pegawai tu adakah aku akn trima?xkn nk kje sbln je kot..ssh nye wat keputusan...

aku perlukan pendapat kwn2..tlg aku memecahkan kebuntuan aku ni..huhu

lg 1 kalau aku sambung..aku nk wat research ke course work..hah tu la salah 1 nya yg aku pening sjak mggu lps...tp aku more prefer on research...sbb aku pernah wat tesis..course work pon best....hmmmm dunno la..mcm2...

ape pon aku hrp ape yg aku wat ni hapykan semua pihak...

to be continue...


Wednesday, May 13, 2009

af 7




gimana ni...af da nk abis...mggu ni last...arghhh...sunyi la idupku tnpa af..tnpa ngak ngapa dong..lps ni ada anak wayang pulak...

so pokoknya di sini..siapa yg bakal menjuarai af 7, naib johan n tempat ke 3..ssh utk meramalkan sbb taun ni semua best2...tp yg leh aku ckp..hafiz mgkin mnjadi juara..d ikuti dgn aril..mayb la..yg lain tgk la...mcm2 leh jadi mlm tu..

da 2 taun pompuan menang..taun ni bg la laki plk..hehehe....

aku da mengikuti af ni sjak dr musim pertama lg..time tu ramai x tau ape tu af..tp mmg best la ms tu..ade vince, burn, nana, adi, nija dll..time tu msti la aku sokong vince...kan dia pndai ubah2 lagu..semua lagu dia nyanyi mmg gempak la..so that time dia jd juara..tag line 'kita semua pemenang tiada pengalah'..hehe

af 2 plk da mkin best..bg aku af 2 yg paling2 aku suka sgt n minat smpai ari ni..stud2 dia mmg down to earth..pastu encem2, lawa2..semua nye baik..time tu mak aku minat sgt2 dgn c zahid tu..aku ngan adik aku minat adam ngan farah..biasa la..encem ngan cantik..so sape yg xsokong..sora pon sodap..hehe..akhirnya zahid jd juara...mmg gempak siot..

af ke 3 plk..1 fenomena...sbb juaranya ialah mawi world..aku xtau la klu ade org xkenai mawi tu..hahaha..yg aku ingt time ni ada yaser, akma, amylia dll..

af 4 plk yg aku ingat juaranya faizal dr ganu tu..ni lg la aku x ikuti sgt...study je..pastu xbrape best sgt la stud time tu..mayb sbb aku x ikuti sgt....hehe

af 5 plk mila juaranya...soranye mmg power la...mnja2 lak tu..aku ni xleh ingat sgt yg br2 ni..sbb 3taun kat u aku x ikut sgt..hehe

af 6 paling aku xtau..yg aku tau juaranye stacy...lagunye yg gagap tu..stud yg lain aku xkenai..hahaha

af 7 nasib la time ni aku da abis u..bole la ari2 tgk diari..tiap2 minggu tgk konsert..sblm ni family aku akan men badminton mlm sabtu tu..tp bila af start je hobi tu da d tolak tepi..hahaha..fenomena sungguh la..lps ni leh la start men blk...training to b a champion!!!wakaka

so kita tggu jela ari sabtu ni..konsert final af7...xsabo den..lps ni fenomena lain plk menanti...


sooooo chow cin cawwwwww

Petua untuk 'tahan lama'

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?

Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. grrrrr.

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, hua hua
hua...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.

Tuesday, May 12, 2009

diari minggu ini 10-12 mei 2009

ari ahad td aku, adik n mber aku btolak ke kl..utk menghadiri temuduga aku yg btempat di hotel putra kl...

km tido d cheras mlm tu..tp pd ptg nye km ke putrajaya utk bjmpe kwn aku yg otaknye gile2 jgk..bg yg aktif blog mr adha msti dorang tau sape yg aku maksudkan ni...
best lepak d jambatan n beliau n tunangnye telah blnja km mkn roti john...perhhh sdap gile beb..meleleh air liur teman.hehe

then mlm tu km berehat d rmh sbb pg2 buta aku kena g interview..keesokkan ari nye jam 7 aku dan yg lain2 telah smpai d hotel putra..biasa la..aku ni kan manusia yg tepat pada masanya..hahaha..(angkat bakul sndiri)

km pon ramai2 mndaftar..nasib baik la aku dpt group B...klu x alamatnye kena tggu smpai ptg la..huhu..majlis dimulakan dgn ceramah oleh ICU-JPM..1st time dlm negara dorang ckp org yg nk interview bg ceramah..siap ade mkn pg, tghari dan ptg lg..pastu siap dpt RM100 lg setiap sorang...wahh untung gile..xsia2 ponteng kje..ops bkn ponteng tp ambek cuti...

km semuanye dipilih oleh pej daerah masing2..dan pemergian km ni sememangnya diketahui oleh pihak yg bkenaan kerana nama km mmg ade dlm senarai. seramai 270 org yg dtg..seluruh semenanjung malaysia..sabah srwk next week br ade.

setiap 1 daerah calonnye ade 5 or 6 orang..nk pilih hanya 2..jd...doa jela utk mendapat kerja yg mncabar itu..hehe..

setelah mkn n menunggu akhirnya tiba giliran aku utk ditemuduga..nmpaknya aku yg byk bcakap dr penemuduga tu..tp xpe la..klu dia xsuka nk wat camne..tp dia mcm kureng idea utk btny...jd aku la yg bg idea..haha..jhat x aku?kwang2..xsory boss...

akhirnya tghri tu aku pon blk rmh...abg aku ambik la..jgn ingat aku kluaq ngan laki len plk..single lg beb..haha

then lps hntq kak ipaq aku ke sek km pon g mines...shoping la beb...byk duit kan dpt td..haha..then km g rmh abg no 2 aku..anak nye kena chiken pox..cian plk dia..huhuhu...waaaaaa...sdih2....

pastu km ambik kak ipaq aku...then km g jusco cheras selatan lak...shoping lg..byk plk sale..ni yg aku malaih ni...xleh tgk la byk2 barng murah..pastu borong lg..abih duit..huhuhu...beratus2..hrp2 gaji dpt cpat sket bln ni...hahaha

then km g blk..tgk tv n tido

selasa adalah ari yg tpksa aku pulang...jd sblm pulang aku fight ngan abg aku kat ps2..haha..ada aku menang..ada dia menang...utk pengetahuan semua yg mbca..abg2 aku hantu gamez sket..so aku pon terikut sama la..keh keh keh

jd ptg tu km nek bus...dan tiba d pb 7.45 mlm..n mkn2..pastu blk rmh..pastu on9..pastu zzzzzzzzzzzzz...........

oooo lupe ckp..my mom g kursus slama smggu..jd aku rasa tsgt la bosan sbb tggl adik2 aku yg 2 ekor tu je...esk adik aku yg bongsu g men bowling lg kat ipoh.tggl aku ngan adik no 2..jd btambah la bosan....arghhhh..tidakkk..

bila aku nk kje jauh2 ni..xpe..aku blja pon jauh gak nti..ok tamat d sini diari aku utk mggu ni...

trima kasih kerana meluangkan ms anda mbaca diari sy..klu suka bgsla..klu xsuka sila undurkan diri anda skrg...

hrp maaf...

sekian...

syafa_achik(secret name@secret world)