Friday, April 10, 2009

lawak lawak

Wasiat Isteri

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana
kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami
terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan
orang, malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu
membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang
bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga
ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa
bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang
yang sedemikain solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan
tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih
menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi seta
ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta
sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah
tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau
memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang
membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang
takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang
teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab “Arwah isteri ku telah
berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput
atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa
untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!”

Takde Otak

Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi
telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan
doktor itu, bapa berkenaan berkata: “Dia akan selamat kerana besi itu
pasti tidak dapat mengenai otaknya.” Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa
ini terus bertanya: “Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan
isya’Allah pun pak cik tak sebut?”. Sampuk si bapa: “Masakan besi itu boleh
mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia ada otak, tentu
dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!”.

Bapak Borek Anak Rintik

Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang
sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari,
ketika pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat
orang kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang
penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang
berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan.
Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. “Nampaknya
anak aku dah lawan taukeh ni.” bisik hatinya.

Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak
sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba
penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk
tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang
bila bapanya timbul semula. “Bapa pergi mana?” tanya anaknya segera.
“Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai,
rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit
dalam sungai tu.” mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak
pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah.
Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan
menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila
dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. “Itulah
bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak
tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya.”

Kursus Kahwin

Seorang pemuda yang hendak mendirikan rumahtangga telah berjumpa dengan
tok kadi untuk diuji perkara-perkara asas mengenai agama. Tok kadi mula
bertanya secara rambang.

Tok Kadi : Boleh awak membaca doa Qunut?
Pemuda : Boleh.
Tok Kadi : Boleh bacakan sekarang, ustaz nak dengar.
Pemuda : Tersangat boleh, ustaz nak dengar yang panjang atau yang pendek?
Tok Kadi : Ada dua jenis ke? Tapi tak mengapa, sila bacakan kedua-duanya sekali.
Pemuda : Kalau yang pendek, bacanya….Qunut! dan kalau yang panjang,
bacanya….Qunuuuuu uuuuuuuuuuut!

Si Lurus

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang
motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat “P” hendaklah digantung pada
motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang
dia telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.

Polis : “P” mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, “P” mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana “P”?
Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa
hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang
hang pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi…pi lah…..
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa,
saja cari pasai!!!!!

Si Gila

Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum
keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata
kepada kawannya yang sama-sama gila.

Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka,
dia tidak sedikit pun seperti kau.
Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
Orang Gila 2 : Hang Jebat……. ..

The Boss is Always Right

Seorang Bos ynag tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahanya telah
menggantungkan peratuan untuk dijadikan panduan.

Rule No. 1 : The Boss is Always Right
Rule No. 2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No. 1.

Ponteng

Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya an
menelefon pihak sekolah.

Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin
Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.

Mind Your Language

Seorang guru sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;

Cikgu : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!

Tiada siapa yang berdiri. Dan cikgunya bertanya soalan yang sama lagi,
masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar
berdiri.

Cikgu : Bagus! Tahu pun diri awak bodoh, Sekarang beritahu saya kenapa
awak rasa diri awak bodoh?
Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kesian
tengok cikgu berdiri sorang jer

No comments: