Showing posts with label MACAM2 ADA. Show all posts
Showing posts with label MACAM2 ADA. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Adab Menguap

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Wednesday, April 22, 2009

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

mari kite check tol x rahsie ni ngn diri sendiri..kalo sy sendiri..mmg sgt mengena la..hehe~



A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.-betul ni..hehe..

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


p/s : baca buleh percaya jangan..

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Personaliti Cinta ini telah dikongsikan bersama oleh saudari zahra di Forum Tentang Cinta.

Friday, April 10, 2009

KONVO UUM 2009
















Pada tanggal 30 hb march 2009 aku telah dianugerahkan ijazah kelas kedua ttggi oleh uum..perasaan ketika itu x dpt d gambarkan..mmg puas..yela slps btungkus lumus slama 3taun..akhirnya aku bjaya jgk mdapat segulung ijazah..wpon ijazah tu tidak digulung..tetapi anggap la ia digulung.hehe..

yg bdiri d tangga tu semua kwn2 course ku ina, azie, fareeda n ika..kami semua btungkus lumus bsama2 slama 1taun lbh utk menjayakan prog2 yg persatuan anjurkan..ini adalah antara MT2 course ku..

di bawah ni ialah family n my fren ku yg ssh payah hadir..da la panas terik..kesian dorang..ikut je aku ke mn2..aku ni da la jln laju..ape pon..jasa korang x dpt ku lupa kan sampai bila2..i love u so much!!!

ni gambo my mom..teringin pakai jubah konvo..hehehe



hadiah2 tu antara yg aku dpt pd hari convocation ari tu..thnkz pd sape yg bg..love it!!!














Gambar ini pula adalah gambar slps klua dewan dan yg di sebelah kanan ku adalah org2 yg byk mbantuku semenjak aku mula bljar d uum..iaitu paksu dan maksu ku..thnk u so much to all of u


gambar lempar topi tu yg sgt2 aku inginkan sjak dr zmn persekolahan..
iaitu acara melempar topi a.k.a lepas penat lelah..hahaha..best giler beb


yg ramai2 ni ialah kwn2 baikku yg sama2 susah senang slma 3tahun di kolej petronas..kenangan terindah..

kenapa??!!!

Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi
yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah
dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.

Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang
berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya.
Kenapa??? Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala
hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut
itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak
mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya!
Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru
dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah
pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke,
peliklah jugak.

Baju… Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ?
Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya
terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata
seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju
takde lengan, mini skrit… Memang tak heran la kalau semua orang
mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah.
Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang
makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian
berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil
itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih.
Kenapaaaaa.. …?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman
dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah.
Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak
pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke
arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal
sampai opis.
"Morning…" Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap
meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak
senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.

Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

"Rogayah tak puasa ke??"
Tangan kak Kiah menunjukkan ke

arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak
ditangan ro
gayah .

Arghhhh… Patutlah!!!!
Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!

Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2…

Moral: Kalau tak posa tu cover2 la…org lain senggugut jugak..

lawak lawak

Wasiat Isteri

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana
kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami
terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan
orang, malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu
membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang
bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga
ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa
bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang
yang sedemikain solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan
tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih
menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi seta
ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta
sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah
tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau
memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang
membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang
takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang
teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab “Arwah isteri ku telah
berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput
atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa
untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!”

Takde Otak

Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi
telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan
doktor itu, bapa berkenaan berkata: “Dia akan selamat kerana besi itu
pasti tidak dapat mengenai otaknya.” Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa
ini terus bertanya: “Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan
isya’Allah pun pak cik tak sebut?”. Sampuk si bapa: “Masakan besi itu boleh
mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia ada otak, tentu
dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!”.

Bapak Borek Anak Rintik

Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang
sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari,
ketika pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat
orang kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang
penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang
berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan.
Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. “Nampaknya
anak aku dah lawan taukeh ni.” bisik hatinya.

Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak
sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba
penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk
tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang
bila bapanya timbul semula. “Bapa pergi mana?” tanya anaknya segera.
“Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai,
rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit
dalam sungai tu.” mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak
pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah.
Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan
menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila
dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. “Itulah
bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak
tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya.”

Kursus Kahwin

Seorang pemuda yang hendak mendirikan rumahtangga telah berjumpa dengan
tok kadi untuk diuji perkara-perkara asas mengenai agama. Tok kadi mula
bertanya secara rambang.

Tok Kadi : Boleh awak membaca doa Qunut?
Pemuda : Boleh.
Tok Kadi : Boleh bacakan sekarang, ustaz nak dengar.
Pemuda : Tersangat boleh, ustaz nak dengar yang panjang atau yang pendek?
Tok Kadi : Ada dua jenis ke? Tapi tak mengapa, sila bacakan kedua-duanya sekali.
Pemuda : Kalau yang pendek, bacanya….Qunut! dan kalau yang panjang,
bacanya….Qunuuuuu uuuuuuuuuuut!

Si Lurus

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang
motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat “P” hendaklah digantung pada
motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang
dia telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.

Polis : “P” mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, “P” mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana “P”?
Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa
hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang
hang pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi…pi lah…..
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa,
saja cari pasai!!!!!

Si Gila

Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum
keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata
kepada kawannya yang sama-sama gila.

Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka,
dia tidak sedikit pun seperti kau.
Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
Orang Gila 2 : Hang Jebat……. ..

The Boss is Always Right

Seorang Bos ynag tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahanya telah
menggantungkan peratuan untuk dijadikan panduan.

Rule No. 1 : The Boss is Always Right
Rule No. 2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No. 1.

Ponteng

Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya an
menelefon pihak sekolah.

Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin
Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.

Mind Your Language

Seorang guru sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;

Cikgu : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!

Tiada siapa yang berdiri. Dan cikgunya bertanya soalan yang sama lagi,
masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar
berdiri.

Cikgu : Bagus! Tahu pun diri awak bodoh, Sekarang beritahu saya kenapa
awak rasa diri awak bodoh?
Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kesian
tengok cikgu berdiri sorang jer

experience

hi semua..kt sini aku nak share ngan hmpa semua psl kje aku sbg RA atau research assistant..kjian ape xble bgtau sulit..dlm byk2 pglman yg aku tmpuhi, ade 2 yg paling aku x dpt lupakan..1st adalah ms p tgk sempadan thai-msia..bkn semua org ble msk tmpat situ sbb de ranjer n army yg dok jaga…jauh jgk la jarak dia..p ikut bkt kayu itam tp klua blkg uum je..x caya?cayalah anda ye..rupanya uum berada d smpadan siam..huhuhu takut….

pglmana kedua yg x dpt lupakan ms aku blayar naik kapal..mmg best la sbb 1st time dpt naik kapal 3tgkt..pastu kapal maritim plk tu..km ade jgk sggh pulau kt tgh laut tu..smpadan indon.army je yg ade kt pulau tu..cian depa..xde hiburan n bocan..mlm tu aku ngan member ikut kapten p kapal navy..perghh kapal tu lg bsr..tp klajuan dia 5not je..biasa la kapal bsr..situ semua lelaki.km d lyn 1st class.jgn tkjut atas kpal tu ade tukang msk tau..km d jamu kuih, air teh n burger..tp aku x mkn sbb tlampau mabuk laut..huhuhu..rugi tul..2 2 pegawai pmerintah tu muda lg.dlm 29taun je..tp mmg sempoi la.anak2 kapal pon best..

mlm tu km tido kt atas kapal maritim.nasib x hujan klu x mmg x tau nak wat pe..esknya km blaya lg..tp tgh jln tu ombak n angin mmg kuat sgt..air ombak ble naik sampai tgkat 3.mmg lencun la.nak turun kt kabin x larat jadi semua org tadah je la body ngan air masin..aku de gak try bwk kapal tu..senang je tp kena pandai main gear la.

aku muntah 3 kali..mmg lembik gile la..klu bg rm1000 pon aku da xnak naik kapal..klu kapal bsr mcm titanic ok..mabuknye sampai ari ni aku terasa..huhuhu..klu korang de peluang naik kapal pegi la..pglaman kita kena kutip wpon perit…skali seumur idup pon xpe..

km blaya dr lumut ke penang..bila nampak je daratan semua bsorak..padahal ambik ms 2jam b4 smpai..aku ngan member x sabar nak sampai darat so km dok kt dpn skali..wat mcm filem titanic.best gile.angin kuat.ombak bsr..fuh..

oleh itu,scara ksluruhannya keje ni mmg best…aku aggp ni pgman paling brharga yg x mgkin aku lupakan sampai bila2…kenangan bsama lect n anak kapal mmg sgt manis…

jmpe lg d lain ms..now aku da abis study..da kje pon..so next time aku tulis len ttg pengalaman aku okies..hehe